29 October 2024

MAHU RUANG & PRIVASI - PEGUAM SAHKAN DIANA DANIELLE N£KAD FAILKAN PERCERAIAN DALAM MASA TERDEKAT



"Saya tak mahu komen apa-apa. Beri saya ruang dan privasi. Ia lebih beri kebaikan kepada semua," tutur pelakon Diana Danielle dimana dia meminta semua pihak menghormati dan memberi ruang kepada dirinya susulan dilaporkan bakal memfailkan permohonan cerai sekali lagi terhadap suaminya, pelakon Farid Kamil.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan bahawa pelakon berusia 32 tahun itu akan memfailkan perceraian dalam masa terdekat.

Jelasnya lagi, Diana memilih jalan perpisahan dan perceraian akan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor, selain memberitahu, bahawa pihaknya kini sedang di dalam proses untuk mengambil tind@kan yang seterusnya.

Klik untuk gambar besar

"Iya, anak guam saya sudah arahkan untuk 'proceed' (failkan rujuk dan perceraian). Anak guam saya sudah bagi arahan untuk memfailkan dan saya sedang menyediakan proses rujuk dan cerai sekali. Kami akan failkan dalam bila-bila masa saja.

"Dia (Diana) memang sudah t£kad dan sebenarnya sudah bagi arahan untuk bertind@k. Semalam dia bagi arahan untuk 'proceed' terus," ujar Akberdin yang enggan berkongsi tentang punca perceraian tersebut, namun akan memaklumkannya kemudian.

"Masa fail kami akan beritahu, sekarang agak suk@r nak dijelaskan. Arahan nak failkan memang sudah 'confirm'," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: