29 October 2024

KELUARGA PENGUAT SEMANGAT - KIERAN PASANG NIAT TUNAI UMRAH ATAU HAJI : "ALLAH MUNGKIN BAGI SAYA PELUANG LAGI..."



"Lepas disahkan hidap kans£r tu saya sangat tert£kan sampai fikir nak mati sahaja. Tapi bila doktor kata boleh usaha untuk pulih lega sikit, perlahan-lahan semangat tu datang balik untuk lawan kanser ini demi keluarga.

"Sudah tentulah keluarga sumber kekuatan saya. Ibu, isteri dan tiga orang anak lelaki saya. Saya nak melihat anak-anak membesar. Sekarang saya memang tengah dalam keadaan yang lemau, lemah dan perlu kerja keras untuk naikkan berat badan."

Demikian kata bekas penyampai radio Kieran yang memberitahu keluarga merupakan tulang belakang yang membuatkan dia terus kuat dan tabah menghadapi ujian hidup selepas disahkan menghidap kanser prostat.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Kieran atau nama sebenarnya, Maskiran Jakiran, 49, memberitahu kemungkinan niatnya untuk menunaikan ibadah umrah atau haji menjadi asbab Allah SWT memanjangkan hayatnya.

"Saya juga ada beberapa perkara yang masih belum sempat di buat. Sebagai contoh macam niat nak kerjakan umrah sekali lagi dan yang lebih utama ibadah haji. Allah mungkin bagi saya peluang lagi untuk capai niat yang saya ada ini Insya-Allah," jelasnya yang turut berkata, dia juga tidak akan menerima sebarang tawaran kerja selagi dirinya belum benar-benar pulih.

"Dari segi kerja mencari rezeki tu dah tiga bulan tak buat apa-apa kerja. Mungkin akan berterusan lagi untuk 6 bulan lagi rasanya," ujar Kieran yang sebelum ini dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan menghidap kans£r pr0stat.
Difahamkan kanser tersebut sudah mula merebak ke bahagian perut dan paru-paru. Kieran juga selesai menjalani sesi kemoterapi pertama sebagai salah satu alternatif merawat kanser yang dihidapi.

Untuk makluman, Kieran pernah berkahwin dengan Yang Azliyang Mohd Yunos pada Jun 2008, namun bercerai pada 28 November 2012. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Adam, 15, dan Muhammad Iman yang berusia 13 tahun.

Kemudian Kieran kembali mendirikan rumah tangga dengan Nur Shafiyaziemah Shamudi pada 11 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Az Zhil berusia 2 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: