"Salam. Maaf, beri Kaka ruang ya," tutur Kaka Azraff dimana penyanyi itu belum bersedia untuk memberi sebarang penjelasan berhubung dakwaan rumah tangganya yang dikatakan sudah pun berakhir apabila dia dan suaminya, Adam Azriff bercerai talak satu.
Sebelum ini, pengesahan lafaz cerai yang difahamkan dilakukan secara ekspres itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam semalam.
Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, Kaka dilihat hadir ke mahkamah seawal pukul 9 pagi semalam dan dia bersama bekas suaminya itu dikatakan berpisah secara baik.
Untuk makluman, Kaka berkahwin dengan Adam pada 14 Disember 2018 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aslan, 5, dan Aryan, 3, dan Atta Adam, 15 bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment