29 October 2024

LEBIH FOKUS PADA PENJAGAAN ANAK - CRISTINA SUZANNE NAFI BERHENTI BERLAKON



"Saya tak berhenti berlakon lagi. Cuma, selepas dapat anak saya lebih fokus pada penjagaannya. Sebab, saya sedar yang diri tak mampu 'multi tasking' untuk buat banyak benda ketika itu.

"Lagi pun, saya tak nak em0si saya dan anak terg@nggu. Jadi, saya selesa fokus jaga anak. Tapi, dalam tempoh lima tahun yang macam nampak saya berhenti berlakon itu, sebenarnya tetap ada berlakon juga.

"Cuma, saya tak ambillah tawaran 'shooting' yang kadang-kadang sebulan hingga dua bulan sebab tak boleh nak bagi komitmen. Saya hanya terima tawaran berlakon yang biasa dan tak lama di set (penggambaran)."

Klik untuk gambar besar

Itulah jelas pelakon Cristina Suzanne atau nama sebenarnya, Cristina Suzanne Stockstill, 39, yang berkata, dia memberi fokus pada penjagaan anak lelakinya, Noah, dan disebabkan itu, dia dilihat seakan sudah berhenti berlakon selama lima tahun ini.

"Saya ada juga dengar orang cakap yang saya dah tak nak berlakon. Jadi, saya jelaskan di sini yang saya tak mar@h sebab tahu saya pun jarang kemaskini hantaran terbaharu di media sosial macam Instagram (IG).

"Tapi, kepada semua saya nak beritahu saya masih berlakon lagi. Malah, saya juga tidaklah terlalu selektif memilih watak, cuma lebih meneliti karakter yang akan dibawa itu ada imp@k kelainan," ujarnya lagi.
"Suami saya amat memahami minat berlakon isterinya. Dia (suami) tidak pernah menghalang pun atau suruh saya berhenti. Tetapi, tawaran berlakon yang tiada untuk saya sebab khabar angin tak betul yang ters£bar.

"Saya juga dikatakan merajuk dengan industri, pada hal saya baik-baik saja di rumah melakukan rutin harian menjaga anak dan keluarga. Saya tiada pengasuh dan pembantu kerana lebih suka urus anak sendiri," kata Cristina yang pernah merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik Filem di Anugerah Skrin 2013.

Cristina bertemu jodoh dengan lelaki pilihannya dikenali, M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor pada 31 Mac 2018. Hasil perkongsian hidup selama enam tahun itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah yang kini berusia lima tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: