01 November 2024

KONGSI PETIKAN QUOTE - KAKA AZRAFF TURUT MINTA RUANG, MOHON DOA



"Kahwinilah seorang lelaki yang menjadi pemberi rezeki. Seorang yang menjadi pemberi rezeki dalam keluarga tidak bermakna dia perlu banyak duit tetapi cukup jika tahu tanggungjawab.

"Bila dia tahu akan tanggungjawab, dia seolah akan memastikan gunung-ganang bergerak supaya dapat memenuhi keperluan isteri.

"Lelaki yang bertanggungjawab adalah lebih bagus berbanding lelaki yang kaya tapi tak menghargai."

Itulah tulis petikan qoute itu yang dikongsikan penyanyi Kaka Azraff di Insta Story miliknya dimana dia berkongsikan ciri-ciri lelaki yang patut dikahwini oleh seorang wanita.

Klik untuk gambar besar

Selain petikan quote, Kaka turut memuat naik satu kenyataan dimana dia mengucapkan terima kasih buat mereka yang prihatin dengan keadaannya serta memohon ruang.

Sebelum ini, Kaka dan suaminya, Adam Azriff didakwa telah sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: