01 November 2024
"SELAGI TIDAK KE MAHKAMAH BERCERAI KE, KAMI OKAY SAHAJA" - UQASHA SENROSE TAK NAFI DALAM RUMAH TANGGA ADA PASANG SURUT
"Dalam rumah tangga semua ada pasang surutnya. Takkan semua nak kongsikan baik buruk di media sosial. Biasalah, itu asam garam dalam rumah tangga selagi tidak ke mahkamah bercerai ke, kami okay sahaja.
"Nak kata saya bahagia sepanjang masa pun tidak, sedih sepanjang masa pun tak. Lagipun ini anak pertama, jadi masing-masing sedang 'struggl£'.
"Ini hanya g@duh kecil sahaja. Saya pun tidak tahu siapa yang keluarkan perkara (dakwaan rumah tangga mereka bergolak) ini."
Demikian jelas pelakon Uqasha Senrose yang tampil menjawab serta menafikan dakwaan rumah tangganya dengan pelakon Kamal Adli sedang dilanda badai.
Dalam pada itu, akui Uqasha, bukan mudah untuk pertahankan rumah tangga, namun dia dan Kamal akan melakukan yang terbaik serta mental perlu kuat.
"Ajal, jodoh dan m@ut di tangan Tuhan. Apabila diuj1, sekuat mana kita nak pertahankan itu semua terletak pada diri kita dan pasangan. Semua pasangan Allah uj1. Nak bertahan bukan mudah, malah nak dapatkan syurga pun bukan mudah.
"Sus@h nak bertahan lagi-lagi dengan mulut orang luar. Apa-apa pun ment@l kena kuat, terutama apabila saya sudah menjadi seorang ibu," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment