03 December 2024

MASUK HOPSITAL SELEPAS ALAMI SESAK NAFAS - ALI XPDC KINI DILAPORKAN STABIL



Isteri kepada penyanyi kumpulan XPDC, Ali, 56, iaitu Sharifah Azuwanna Syed Joned, 52, telah memaklumkan suaminya telah dimasukkan ke Wad Kecemasan di Hospital Cyberjaya, petang semalam, selepas mengalami sesak nafas.
Dalam pada itu, Sharifah Azuwanna memohon semua pihak agar mendoakan kesembuhan terhadap suaminya.

Sementara itu, menerusi Instagram, XPDC turut mengeluarkan kenyataan berkenaan keadaan kesihatan Ali atau nama penuhnya, Mohd Ali Ismail, 56,

"Official XPDC ingin memaklumkan bahawa saudara Ali XPDC (Mohd Ali Bin Ismail) telah mengalami sesak nafas," jelasnya yang juga memaklumkan keadaan Ali dimana dia kini dilaporkan stabil.

"Sama-sama kita doakan saudara Ali segera sembuh dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan XPDC bersama-sama anggota XPDC yang lain," katanya.

Sebelum ini, Ali pernah dimasukkan ke wad kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada 10 Julai lalu akibat masalah sama.

Kejadian berlaku ketika Sharifah Azuwanna membawa suaminya untuk membuat rawatan perubatan Islam untuk merawat penyakitnya di Ipoh, pada 9 Julai.

Ustaz yang membuat rawatan, memaklumkan keadaan buah pinggang dan jantung Ali b£ngkak sedikit dan meminta dibawa ke klinik.

Semasa di klinik, Ali mengalami semput serta susah untuk bernafas sehingga doktor terpaksa melakukan pemeriksaan Elektrokardiogram (ECG) serta memaklumkan Ali ada serangan jantung dan meminta dia dirujuk ke hospital berhampiran.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: