03 December 2024

IKA NABILA AKUI IMAN LEMAH - PAKSA DIRI BACA AL-QURAN SELEPAS SOLAT : "BACA TIGA MUKA SURAT, SAYA RASA SANGAT BERSYUKUR"



"Saya sentiasa memaksa diri untuk membaca al-Quran selepas solat dan saya rasa tidak bermotivasi sebab apa? Sebab lemah dengan duniawi. Iman saya? Lemah-selemahnya, jadi kalau dapat baca tiga muka surat, saya rasa sangat bersyukur.
"Saya sentiasa percaya, usaha berpanjangan adalah kuncinya. Insya-Allah, walau apa jua keadaan kita sentiasa berusaha dan perbaiki."

Itulah kata pelakon Ika Nabila menerusi perkongsian di Instagram, dimana dia sentiasa memaksa dirinya untuk membaca Al-Quran sekurang-kurangnya tiga muka surat setiap kali selepas menunaikan solat.

Ujar Ika, imannya lemah dan sangat bersyukur jika dapat membaca tiga muka surat Al-Quran sehari, selain turut menitipkan pesanan untuk menjadikan amalan mengaji sebagai rutin harian sekurangnya dapat membaca satu muka surat sehari.

"Cuba, kalau awak larat boleh baca lima muka surat setiap hari. Tetapi kalau ada kerja (sibuk) baca tiga muka surat sudah bagus. Kalau mal@s sangat sebab bateri badan rendah, dapat baca satu muka surat sehari pun okey," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: