03 December 2024

"SAYA LEGA & SYUKUR DIA (SUAMI) SUDAH DITAHAN SEBAB BOLEH BERGERAK TANPA RASA RISAU" - ZAHNITA FAILKAN CERAI, TAK SANGGUP DIZALIMI



"Saya tidak boleh berkongsi kejadian (dipukul suami) itu buat masa sekarang sebab masih dalam siasatan polis. Cuma yang saya boleh katakan dia melakukan keganasan itu kerana tidak tahan dengan soalan saya mengenai sesuatu perkara.
"Kekuatan saya untuk fail cerai hari ini adalah Tuhan dan sokongan daripada ibu saya. Doanya mengiringi perjalanan saya hari ini. Em0si saya juga ketika ini tidak begitu stabil dengan semua ujian ini. Alhamdulillah Allah beri kekuatan itu."

Demikian ujar pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson, 38, yang tampil menepis dakwaan ingin keluar rumah dan tinggal berasingan menjadi punca utama dipukul suaminya, Abdul Zackery Ghouse.

Bagaimanapun, Zahnita berkata, dia tidak boleh memperincikan kejadian itu kerana masih dalam siasatan polis.

Disamping itu, Zahnita memberitahu, dia nekad memfailkan cerai terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang, hari ini, kerana tidak sanggup dirinya terus dizalimi selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, Zahnita meluahkan rasa lega dan syukur selepas suaminya ditahan pihak berkuasa semalam, selain berasa terharu dengan sokongan ramai terhadapnya.

"Saya lega dan syukur dia sudah ditahan sebab boleh bergerak tanpa perlu ada perasaan risau. Dia sudah tak boleh lakukan sebarang perkara lagi pada saya. Sebelum ini saya takut nak ke mana-mana sebab risau diapa-apakan olehnya.

"Terima kasih dan sangat terharu apabila melihat sokongan daripada semua orang termasuk pihak polis yang sudah melakukan siasatan serta mengambil tindakan. Saya sudah lama bertahan, berhenti daripada karier seni dan menjadi isteri yang sempurna sebelum ini," jelasnya.

Terdahulu, Zahnita memuat naik hantaran di media sosial dimana ia telah mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan keadaan matanya yang lebam.

Menurut Zahnita, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: