03 December 2024
SIMPATI DENGAN NASIB AZLAN KOMENG - AQASHA RANCANG MAHU ZIARAH
Semua sedia maklum mengenai keadaan pelakon Azlan Komeng yang baru-baru ini terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Ramai yang simpati dengan nasib yang menimpa Azlan termasuklah penyanyi dan pelakon Aqasha yang melahirkan perasaan simpati terhadap nasib rakannya itu.
Kata Aqasha atau nama sebenarnya, Firdee Akassya Rosli, 42, dia belum berkesempatan untuk berjumpa dengan Azlan dan berhubung itu, dia merancang melakukannya selepas ini.
"Azlan ini adalah dalam kelompok kawan-kawan saya. Waktu saya terbitkan filem 'Bangunan', dia adalah salah seorang yang terbabit sebagai tenaga di belakang tabir.
"Jadi bila saya dengar dia ditimpa musibah begini, memang rasa simpati sebab sebelum dia kena kemalangan berat ini pun dia ada kemalangan lain sampai patah kaki.
Klik untuk gambar besar
"Saya sentiasa mendoakan sahabat-sahabat dalam industri agar mereka sentiasa dalam keadaan tenang menerima ujian Allah," tutur Aqasha yang turut berkata, kehidupan semakin lama semakin moden serta mencabar sekarang dengan setiap individu perlu berdepan pelbagai perubahan.
"Dari segi politik, segi kerjaya yang mana saya tak nafikan bila dah meningkat usia sedikit sebanyak akan mengganggu kestabilan mental kita. Jadi saya harap teman-teman seperjuangan di luar sana terus kuat semangat jangan putus asa dan sentiasa panjatkan doa kepada Allah SWT," ujarnya.
Dalam pada itu, tambah Aqasha lagi, dia ada mendengar pelbagai cerita selepas Azlan mengalami kemalangan antaranya menyuruh isterinya, Nur Nilam Ortiz agar membawa haluan sendiri dan ia sesuatu yang menyedihkan.
"Bila dengar itu kita sebagai manusia rasa kita sedar benda ini. Kadang-kadang bukan masalah fizikal sahaja, kita tengok ada juga kawan-kawan lain rumah tangga bercerai berai. Apa yang saya boleh buat ialah mendoakan untuk semua. Kita semua maklum jadi lelaki cabarannya berat," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment