27 December 2024
MINTA KEBENARAN KELUAR WAD - ADI PUTRA TIDAK MAHU SUS4HKAN PELAKON & KRU PRODUKSI
"Adi minta kebenaran keluar dari wad kerana ada komitmen dengan penggambaran drama pada 25 Disember (semalam). Doktor juga beri Adi untuk berehat di rumah selama dua hari tapi dia sudah kembali ke lokasi penggambaran selepas keluar dari wad kerana tidak mahu menyusahkan barisan pelakon dan kru produksi drama terbabit seperti dijadualkan."
Itulah jelas isteri kepada pelakon Datuk Adi Putra iaitu Datin Aida Yusof dimana dia berkata, suaminya itu meminta kebenaran dari doktor untuk keluar lebih awal kerana mahu meneruskan baki penggambaran Drama Bersiri 'Sekam Di Dada', meskipun masih kurang sihat.
Pada Jumaat lalu, Adi Putra dimasukkan ke pusat perubatan di sini selepas mula berasa lemah ketika di lokasi penggambaran.
Doktor yang mengesahkan Adi kena jangk1tan kum@n di paru-paru dan batu karang ini sudah membenarkan pelakon itu keluar dari wad semalam.
"Saya juga menemani dan mengawasi keadaan kesihatan Adi sepanjang di lokasi penggambaran. Balik dari penggambaran, saya pastikan dia berehat dan makan ubat. Kalau di lokasi dia akan makan ubat yang tidak mengantuk kerana perlu bekerja.
"Pada masa sama, kami juga mahu ucapkan terima kasih kepada semua peminat yang turut sama mendoakan kesihatan Adi supaya segera sembuh," kata Aida yang turut berkongsi keadaan keputusan ujian dar@h suaminya yang masih tidak okay dan pelakon itu juga masih bergantung dengan ubat dan antibi0tik dibekalkan doktor.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment