Isteri kepada pelawak dan pelakon Along Cham iaitu Afreena Suhaimi, 32, mmeberitahu, dia berasa seperti 'lost' (kehilangan) sejak suaminya itu ditah@n r£man kerana hubungan mereka sangat rapat walaupun baru lapan bulan berkahwin.
"Saya berasa sangat sedih, tidak lalu makan dan tidak boleh tidur malam sehingga mengalami 'mild depression' (kemurungan ringan) sejak suami ditah@n r£man. Saya juga kurang sihat, s@kit kepala sehingga berat badan pun turun sebanyak lima kilogram dalam tempoh 10 hari ini.
"Kami berdua bukan sekadar suami isteri tetapi seperti kawan baik. Kalau pergi beli bawang atau 'laundry' (dobi) pun dia akan teman saya. Dia adalah 'my world' (segalanya) bagi saya. Setiap kali saya pergi ''out station' dalam dan luar negara, dialah yang akan hantar dan ambil di lapangan terbang sebelum ini.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Afreena yang mempunyai tiga orang anak dari perkahwinan terdahulu, berkata, dia bagaimanapun perlu bangkit dan kuatkan dirinya demi anak-anak serta membantu Along supaya dapat segera dibebaskan.
"Saya bersyukur kerana keluarga terutama ayah memberi sokongan untuk saya berdepan dengan ujian ini. Along juga rapat dengan tiga anak saya dan saya juga terpaksa beritahu anak-anak, papa mereka mereka tidak ada di rumah kerana keluar bekerja.
"Pada masa sama, majikan saya juga memberi sokongan sepenuhnya jika saya memerlukan bantuan termasuk membenarkan untuk saya bekerja dari rumah," tuturnya yang juga berharap suaminya itu dapat dibebaskan ketika sebutan k£s pada 27 Januari depan.
Terdahulu, Along atau nama sebenar, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, didakwa dengan dua pertuduhan miliki g@nja di dua mahkamah berasingan di sini, masing-masing membabitkan g@nja seberat 58.23 gram (g) dan 2.07g.
Bagaimanapun, Along mengaku tidak bersal@h bagi setiap pertuduhan. Mengikut pertuduhan, selebriti itu didakwa memiliki bahan disyaki dad@h berbah@ya jenis kan@bis anggaran berat 58.23g di sebuah rumah dekat Cyberjaya pada 14 Disember lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment