23 January 2025

AMBIL KESEMPATAN, MENIPU SEHINGGA RUG1 HAMPIR RM100K - NAQIU TEKAD AMBIL TIND4KAN UNDANG-UNDANG



"Pada mulanya, saya tidak berniat untuk memperbesarkan isu ini, tetapi apabila saya berdiam diri, ia seolah-olah memberi ruang untuk saya terus dipermainkan. Mungkin dia menganggap saya pen@kut atau tidak pandai, jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bertind@k."

Itulah jelas penyanyi Naqiu, 38, yang bertekad untuk mengambil tind@kan undang-undang terhadap seorang individu yang mengambil kesempatan dan didakwa menipu sehingga menyebabkan kerug1an hampir RM100,000.

Dalam pada itu, Naqiu atau nama sebenarnya, Wan Naqiuddin Mohd Najib, berkata, dia yang enggan dirinya terus dipergunakan, nekad menghantar surat tuntutan (LOD) kepada individu terbabit pagi tadi.

"Ini bukan kali pertama perkara seperti ini berlaku, tetapi tindakan individu ini sudah melamp@ui bat@s. Dia bukan sahaja cuba memburukkan nama saya, malah turut mencab@r saya.

"Pada awalnya, dia menggunakan nama saya tanpa pengetahuan untuk membuat video prom0si sebuah jenama. Selain itu, dia juga meminta saya menghasilkan lagu tanpa sebarang bayaran, sekali gus membuang masa saya sepanjang tahun lalu," ujarnya.

Menurutnya lagi, dia juga k£sal apabila individu terbabit mendakwa sudah membuat bayaran dan memaksanya melakukan projek pembikinan sebuah single.

Klik untuk gambar besar

"Saya tidak begitu mengenalinya, tetapi sal@h seorang ahli pasukan saya yang memperkenalkannya. Dalam satu pertemuan sebelum ini, dia menyatakan hasrat untuk menghasilkan lagu walaupun dia sendiri tidak mempunyai bakat.

"Ketika projek masih di peringkat demo, dia mendakwa kepada orang industri seni saya memaksanya untuk merakamkan single itu. Lebih meng£jutkan, dia juga mengatakan sudah membayar kos projek ini, sedangkan saya tidak menerima walau satu sen pun. Malah, masa saya yang terbuang begitu saja.

"Logikkah saya memaksa seseorang yang tidak berbakat untuk menyanyikan lagu saya, sedangkan saya langsung tidak mendapat sebarang bayaran?" kata Naqiu yang turut memaklumkan, pengurusannya iaitu Mindorder juga menerima nasib sama dan turut menghantar LOD kepada individu terbabit.

Sementara itu, Aizat berkata, pihaknya memberi tempoh 14 hari untuk individu terbabit menjawab LOD yang dihantar.

"Sekiranya tiada tind@kan pihak kami bersedia untuk membawa k£s ini ke peringkat mahkamah. Walaupun begitu, kami masih memberi peluang kepada individu ini untuk menyelesaikan k£s ini di luar mahkamah," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: