"Berdasarkan apa yang berlaku Ira dapat banyak sangat pengajaran macam mana nak jadi manusia yang lebih baik dan banyak muhasabah diri sekarang ini.
"Ramai je yang bila diuji akan kembali kepada jalan yang tak elok, tapi saya harap tak macam tu dan minta orang ramai doakan supaya saya tidak ke arah itu.
"Alhamdulilah untuk berdepan dengan umum saya okay saja cuma buat masa sekarang ini saya lebih selesa untuk tidak berada di kawasan ramai orang mungkin faktor usia kot."
Demikian kata bekas isteri kepada pengarah sens@si, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dimana dia memberitahu, tahun ini dia sudah bersedia untuk berdepan dengan orang ramai selepas menerima banyak sokongan dari netizen.
Ujar Ira lagi, banyak pengajaran diperoleh susulan apa yang berlaku serta meminta orang ramai mendoakan agar dia terus istiqamah.
Sebelum ini, Ira menjelaskan, selepas sah bercerai pada Ogos tahun lalu, hatinya belum terbuka untuk mencari pengganti dan buat masa ini, dia hanya mahu memberi fokus kepada keluarga serta rakan-rakannya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment