"Doktor bimbang kalau hanya buang bahagian luk@ akan menyebabkan berlaku jangk1tan kum@n berulang. Jadi kaedah paling selamat adalah dengan memotong kaki kirinya sehingga ke paras lutut walaupun asalnya hanya luk@ kecil di bahagian jari."
Ujar penyanyi Hafiz Suip dimana dia terpaksa akur apabila kaki kiri ibunya, Halizawati Salleh terpaksa dipotong sehingga ke bahagian lutut akib@t k0mplikasi peny@kit diab£tes.
Dalam pada itu, Hafiz atau nama penuhnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, turut menjelaskan, ibunya itu juga mengalami pelbagai k0mplikasi peny@kit lain selain kadar gula dalam dar@h tidak terkawal.
Katanya lagi, dia bersyukur apabila ibunya itu sudah boleh menerima hakikat dan berlapang dada, malah ibunya sudah boleh bergurau mengenai keadaannya yang kini sudah tidak mempunyai kaki.
"Bayangkan selama ini dia hidup dengan kedua-dua belah kaki tetapi sekarang sudah tidak ada sebelah kaki. Alhamdulillah syukur sebab semangat ibu sangat tinggi dan dia reda dengan takdir ini. Sekarang kamilah 'kaki' (penguat) ibu," tuturnya.
Sementara itu, Hafiz berkata, dia menyimpan hasrat menempah kaki palsu buat ibunya agar memudahkannya bergerak selepas ini, namun doktor menyarankan agar hasrat itu ditangguhkan bagi membolehkan ibunya benar-benar sembuh.
"Insya-Allah dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi baru rancang nak buat kaki palsu buat ibu. Kalau buat sekarang t@kut dia tak selesa pula," katanya.
Sebelum ini, Hafiz ada memberitahu sudah berpindah ke Kuching, Sarawak kerana ingin menjaga kedua ibu bapanya, selain memaklumkan, ibunya berdepan mas@lah kesihatan s£rius dan sering dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuching.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment