Pelakon Johan As'ari sebelum ini ada memberitahu, selepas sembilan tahun menjalin hubungan jarak jauh dengan wanita berasal dari Perlis, dia berharap dapat menamatkan zaman bujang tahun ini.
Namun, disebabkan tidak pernah mendedahkan wajah atau identiti kekasihnya, ada yang segelintir pihak menganggap Johan hanya berimaginasi.
Difahamkan, baru-baru ini juga, Johan sekali lagi meluahkan hasratnya untuk berkahwin dengan wanita yang dikenali sebagai 'N', namun ramai beranggapan pelakon itu sekadar cakap kosong.
Menerima secara terbuka tentang pandangan orang ramai mengenai perkara itu, Johan men£gaskan kekasihnya itu benar-benar wujud, selain tidak mahu pengalaman sebelum ini berulang jika dia terlalu kerap berkongsi kisah peribadi kepada umum.
Klik untuk gambar besar
"Pengalaman mendewasakan kita. Sebelum ini dah banyak kisah saya nak kahwin dengan wanita lain, namun semuanya tidak menjadi. Saya cemburu melihat rakan-rakan lain bahagia. Sebab itu kali ini saya ambil pendekatan merahsiakan.
"Saya bimbang jika hubungan ini tidak menjadi akan memberi k£san kepada dia. Harapan saya tahun ini memang mahu menamatkan zaman bujang. Cuma bukanlah dalam masa terdekat. Jika sudah tiba masanya nanti saya akan kongsi," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment