Dengan sentuhan minyak saraf buatan isteri, Nur Nilam, pelakon aksi dan lag@k ngeri iaitu Azlan Komeng menganggap satu keajaiban apabila dirinya kini sembuh dan kembali berjalan.
Malah Azlan atau nama sebenarnya, Muhammad Azlan Kamiran, 48, tidak menyangka dia akan sembuh selepas mengalami keced£raan akib@t kemal@ngan jalan raya pada 12 Oktober tahun lalu.
"Doktor meramalkan saya berpotensi lumpuh sekiranya keced£raan teruk dialami pada kaki kiri tidak dijaga dengan betul. Jadi, setiap masa kami memikirkan apa cara untuk pulih.
"Mula-mula kami nak rawat luk@ dulu. Alhamdulillah, Datuk ND Lala bantu bagi supplemen untuk pulihkan luk@. Selepas sembuh, Nilam ikhtiar lagi sebab doktor maklumkan saya akan lumpuh kerana saraf bahagian lutut, bukan kerana tulang walaupun ramai fikir begitu.
Klik untuk gambar besar
Jelas Azlan lagi, dia menyapu minyak urut ini setiap hari sehingga nampak hasilnya dan pada masa sama, dia juga makan ubat yang mempercepatkan proses penyembuhan.
"Saya belum lagi buat fisi0terapi, namun saya latihkan saraf menerusi senaman dalam ilmu persilatan yang diceburi. Senaman yang boleh saya buat, saya buatlah.
"Memang menakjubkan dan ini juga yang kita nak beritahu, maknanya kalau Allah berkehendak semuanya boleh berlaku. Allah Maha Pengasih dan Dia yang menyembuhkan.
"Jadi dengan berkat usaha bertungkus-lumus isteri serta pihak yang mendoakan, kami dapat rasa hasilnya. Proses kesembuhan memang terlalu cepat sehinggakan ada orang nak beli minyak urut ini," ujarnya.
Sementara itu, isteri Azlan berkata, apabila suaminya menyuarakan mahu melepaskannya sebelum ini, dia memahami Azlan sangat tert£kan dengan apa yang berlaku.
"Dia sedih tengok saya bekerja keras berniaga sos dan jamu. Dari situ dia anggap dah tiada harapan untuk pulih. Doktor pula kata 30 peratus sama ada dia boleh sembuh atau tidak. Itu yang buat dia kata begitu.
"Saya tahu kelebihan saya berkenaan akar-akar kayu. Saya hubungi mak dan minta resipi. Bila dapat, saya ubahsuai masukkan saffron dan beberapa ramuan lain. Dalam tempoh itu saya pun tak yakin sebenarnya boleh atau tidak sebab saya bukan orang tradisional sangat.
"Tapi Allah bagi 45 hari untuk nampak k£san," tutur Nilam yang turut memberitahu, dalam tempoh 27 hari suaminya itu sudah boleh merasai k£sannya dan apabila mencecah 45 hari, Azlan sudah boleh berjalan.
"Kami akhirnya putuskan untuk jual di platform TikTok dan dapat reaksi yang bagus daripada pengguna. Tak sangka sambutan sangat bagus. Sebelum kemalangan kami aktif berniaga di festival makanan.
"Musib@h yang berlaku memunculkan rezeki baharu untuk kami. Ada hikmahnya. Wang yang hilang RM10,000 dalam kemalangan itu kami anggap bukan rezeki. Kami halalkan dan anggap orang yang ambil lebih perlukan wang itu," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment