22 January 2025

"SAYA MASIH THALITA YANG SAMA" - ANAK GADIS SHUIB TERK£JUT 'DIPUL4UKAN' RAKAN SEKOLAH LEPAS JADI PENYANYI



"Memang saya kena 'pal@u' (dipul@ukan) kawan-kawan. Entah kenapa ada yang 'jealous', saya tak tahu tapi saya tak kisah. Apa pun saya masih Thalita yang sama.

"Saya menyedari perkara itu selepas muncul di Bukit Bintang tempoh hari. Apabila di sekolah, ada beberapa orang saya perasan mula menjauhkan diri atau bercakap buruk fasal saya belakang.

"Terk£jutlah juga, tapi saya buat tak tahu selain berharap keadaan kembali macam dahulu kerana saya tak mahu masam muka dengan sesiapa. Saya cuma nak jadi penyanyi, itu sahaja."

Itulah kata anak gadis kepada pelawak Shuib iaitu Thalita atau nama sebenarnya, Dzahira Thalita Zahra, 13, dimana dia mendedahkan dirinya kena 'pulau' rakan sekolah selepas membuat kemunculan di Bukit Bintang.

Tidak menjadikan perkara itu sebagai halangan untuk mengejar impian menjadi penyanyi, Thalita yang kini semakin dikenali ramai itu mengakui terk£jut dan dia sendiri tidak tahu punca rakan sekolahnya cemburukan dirinya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai momen dirinya menangis sehingga tidak mampu meneruskan nyanyian ketika membuat persembahan 'busking' kali pertama di hadapan orang ramai di Bukit Bintang baru-baru ini, Thalita mengakui dirinya sebak ketika itu.

Klik untuk gambar besar

Jelas Thalita, perasaan sayu dirasai bukan hanya disebabkan membawa lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin iaitu 'Kesetiaan', tetapi melihatkan ribuan penonton hadir memberikan sokongan terhadapnya.

"Bila tengok orang sanggup datang tengok saya menyanyi di khalayak ramai buat pertama kali buatkan hati saya jadi sayu. Nyanyi pula lagu ibu, terus menangis.

"Memang lagu 'Kesetiaan' juga merupakan kesukaan saya. Syukur sebab semua orang pun suka lagu ibu saya itu," ujar anak kedua daripada empat adik-beradik itu.

Sementara itu, Thalita yang bakal membuat persembahan besar di konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura, berkata, dia teruja dan akan membuat latihan di bawah bimbingan datuknya yang juga penyanyi, Raisuddin Hamzah.

"Saya seronok sebenarnya dapat tawaran 'uncle' Ajai sebab bukan sahaja dapat sertai konsert, ini pertama kali saya pergi Singapura," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: