25 January 2025

PERSEMBAHAN HARITH ISKANDER - DFP BATALKAN



"Pihak pengurusan DFP dengan dukacita mengumumkan pembatalan rancangan komedi oleh Harith Iskander, di bawah siri DFP Punchline yang dijadualkan malam ini.
"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan berlaku. Terima kasih atas pemahaman anda dan sokongan berterusan."

Itulah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Dewan Filharmonik Petronas (DFP), dimana pihaknya memohon maaf atas kesulitan berlaku apabila mengambil keputusan membatalkan program komedi berdiri, DFP Punchline: Harith Iskander Punchline: Harith Iskander 35 Years Of Laughter yang sepatutnya berlangsung di pentas DFP, malam ini.

Kenyataan itu juga memaklumkan pembeli tiket boleh membuat pertukaran dengan konsert lain atau mendapatkan bayaran semula.

"Tiket boleh ditukar dengan mana-mana konsert DFP atau MPO lain dalam musim ini. Kedua, bayaran balik boleh dibuat melalui kaedah pembayaran asal yang digunakan pada masa pembelian. Semua pertukaran atau permintaan bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 8 Februari ini," kata kenyataan itu lagi.

Pembatalan program komedi berdiri, DFP Punchline: Harith Iskander Punchline: Harith Iskander 35 Years Of Laughter dipercayai berkaitan dengan isu membabitkan Harith yang sedang hangat diperkatakan.

Sebelum ini, Harith Iskander, 54, didakwa memuat naik hantaran dengan sekeping gambar menunjukkan segelas kopi dinamakan ham sap kopi berharga RM5.50.

Semakan di Facebook selebriti itu yang mempunyai satu juta pengikut, mendapati hantaran terbabit dimuat naik, Sabtu lalu.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis sudah merakam keterangan Harith berhubung isu itu, Selasa lalu.

Selain itu, polis turut mengenal pasti identiti seorang lagi individu dikenali sebagai 'Cecelia Yap Song' dipercayai mempunyai kaitan dalam k£s itu.

"Setakat ini, polis menerima 16 laporan polis berkaitan isu itu di seluruh negara," maklumnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: