"Saya tidak pernah putus asa untuk mendapat anak kerana usia pun akan mencecah 32 tahun tahun ini. Kalau boleh saya rancang untuk dapat dua anak sebelum usia 35 tahun. Pada masa sama, ayah sudah tua dan jika apa-apa berlaku padanya, saya mahu ayah dapat tengok cucunya.
"Suami pun setuju untuk kami buat rawatan IVF itu," demikian kata penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan atau Lizzy, 32, dimana dia memberi tempoh selama empat bulan lagi sebelum melakukan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) dalam usahanya untuk memiliki anak tahun ini.
Jelas Lizzy lagi, dia juga sudah mencuba untuk mendapatkan anak secara semula jadi selama dua tahun, namun belum rezeki untuk dia dan suami menimang zuriat.
Dalam pada itu, Lizzy berkata, dalam usahanya untuk mendapat anak, dia juga sudah melakukan rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) sebanyak dua kali tetapi gag@l, tahun lalu.
"Saya juga banyak mengambil rawatan horm0n dan suntikan ketika itu. Malah, saya juga perlahankan aktiviti seni selama setahun dalam usaha untuk mendapat anak tetapi masih tidak berjaya.
"Jadi tahun ini, saya juga mahu mencuba rawatan akupuntur pula ini kerana cadangan daripada pengurus kerana ada rakannya yang berjaya dapat anak selepas rawatan itu," ujar pemenang Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) ini.
Terdahulu, Lizzy yang berkahwin dengan Dr Siew Jim pada 21 Mac 2021, memberitahu, dia juga pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sebelum ini selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment