25 January 2025

"AKINABALU SUDAH KAMI TAWAN" - BELLA ASTILLAH BERJAYA TAKLUK PUNCAK GUNUNG KINABALU BERSAMA SYED SADDIQ DENGAN BERPAKAIAN TRADISIONAL MELAYU



Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menerusi hantaran di Instagram telah berkongsi rasa teruja selepas dia dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menakluk puncak Gunung Kinabalu.
Namun apa menarik perhatian ramai, Bella dan Syed Saddiq dilihat seperti pasangan pengantin apabila tampil anggun dan segak berpakaian tradisional Melayu ketika mendaki Gunung Kinabalu, semalam.

Dalam pada itu, Bella turut berkongsi mengenai rasa penat yang seolah-olah hilang selepas menyaksikan keindahan puncak gunung itu.

"Akinabalu sudah kami tawan. Alhamdulillah, kami berjaya, pakai baju raya mendaki Gunung Kinabalu. Jam 3 pagi mula mendaki. Pendakian yang penuh bermakna. Penatnya saya tak boleh nak ungkapkan dengan kata-kata.

"Tapi, bila tengok pemandangan, Masya-Allah, memang tidak ternilai. Cantik betul Akinabalu," tulis Bella di Instagram, dimana dia juga sempat bergurau dengan mengatakan Syed Saddiq sebagai 'Ironman' kerana dilihat sungguh bertenaga sepanjang pendakian mereka.

Terdahulu, hubungan Bella dan Syed Saddiq menjadi perhatian apabila kerap memuat naik gambar dan video bersama di media sosial.

Meninjau ke ruangan komen hantaran itu, terdapat pelbagai komen termasuk pujian dan doa untuk hubungan kedua-dua mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: