"Saya dah Harith amat kec£wa dengan pembatalan persembahan ini. Namun, selepas berbincang, ia adalah keputusan terbaik. Perbuatan mengugvt anak-anak kami yang tidak bersal@h adalah k£ji, peng£cut dan tidak berperikemanusiaan.
"Laporan polis sudah dibuat dan sias@tan akan dijalankan. Saya tidak akan mengulas mengenai perkara ini," itulah kata pengurus pelawak popular, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim yang juga bekas isterinya dalam satu hantaran di Instagram, hari ini.
Jelas Jezamine, Harith telah menerima ugvtan bun*h dan ia menjadi punca bekas suaminya itu membatalkan persembahan komedi berdiri DFP Punchline : Harith Iskander 35 Year of Laughter yang sepatutnya berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), KLCC, di sini, malam ini.
Lebih t£ruk lagi, Jezamine berkata, ugvtan itu turut membabitkan keselamatan tiga anak mereka dan pihaknya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Klik untuk gambar besar
Ujarnya lagi, disebabkan anc@man berkenaan dan s£rangan tanpa henti di media sosial, Harith dan DFP bersetuju untuk membatalkan persembahan malam ini dan keputusan tersebut bukanlah mudah, memandangkan bekas suaminya itu sudah menghabiskan masa yang lama membuat persiapan untuk persembahan itu.
"Harith sudah bekerja keras berbulan-bulan untuk persembahan ini. Apabila ia terpaksa dibatalkan, tentunya ia sangat menyedihkan," tutur Jezamine yang turut kec£wa apabila orang ramai bersikap keterlaluan disebabkan terlalu em0si dan sikap yang ditunjukkan bukanlah sesuatu yang diajar oleh agama Islam.
Semalam, DFP dalam satu kenyataan memaklumkan program komedi berdiri, DFP Punchline: Harith Iskander 35 Years Of Laughter yang sepatutnya berlangsung di pentas DFP, malam ini dibatalkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment