25 January 2025

TERUSKAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN JENAZAH PERCUMA - ATU ZERO PERNAH BERADA SITUASI WANG TIDAK MENCUKUPI UNTUK MENGURUSKAN JENAZAH



"Ini perkhidmatan percuma yang saya sediakan di sana tanpa saya ambil keuntungan. Dulu, saya pernah berada situasi wang tidak mencukupi untuk menguruskan jenazah. Ia beroperasi sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Sebelum ini, kami sediakan kelengkapan, tapi sekarang dah ada kenderaan jenazah."
Demikian ujar pelawak Atu Zero, 33, dimana dia menyediakan perkhidmatan pengurusan dan kenderaan jenazah secara percuma untuk penduduk di kawasan Kudat, Sabah sejak berakhir pand£mik C0V1D lalu.

Tuturnya, perkhidmatan itu disediakan kerana dia sendiri pernah berdepan dug@an apabila tidak mempunyai kewangan mencukupi suatu ketika dulu.

Dalam pada itu, Atu berkata, dia mengasingkan pendapatannya untuk disalurkan kepada perkhidmatan percuma itu.

"Mana-mana hasil pendapatan saya, saya akan asingkan beberapa jumlah untuk perkhidmatan pengurusan jenazah. Permintaan tinggi, tapi bekalan kurang. Jadi, kami buka ruang baharu untuk kekal relevan dalam industri," jelasnya.

Sehubungan itu, Atu yang tampil bersama dua anggota Zero yang juga abangnya, Sharif dan Syaiful menerusi single berjudul 'Tondu', berharap ia dapat membantunya meneruskan perkhidmatan percuma itu.

"Jadi, dengan adanya lagu ini, mungkin akan ada jemputan persembahan selepas ini. Jadi, dapat mencari pendapatan untuk perkhidmatan percuma ini," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: