10 February 2025

DA'I SYED NAFI DAKWAAN NAMANYA DIGAM BERIKUTAN K£S MAHKAMAH : "KALAU ORANG T4KUT, TAKKAN MIG NAK AMBIL SAYA... SAYA PUN TIDAK PASTI"



"Alhamdulillah, filem ini adalah pembuka rezeki buat saya bagi tahun ini. Sejujurnya, saya tiada tawaran kerja sebelum ini. Jadi, saya ingin ucapkan terima kasih buat MIG dan pengarah kerana memanggil saya.
"Mungkin ini juga rezeki anak dan isteri. Saya hanya menumpang rezeki mereka," ujar pendakwah selebriti dan pelakon, Da'i Syed yang meluahkan rasa syukur atas kepercayaan dan peluang diberikan pengarah dan penerbit apabila memberikannya rezeki untuk berlakon dalam filem 'Daj@l: Satu Malam Di Ped@jal'.

Kata Syed atau nama penuhnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful Jamalullail, ia umpama peluang yang tidak disangka-sangka selepas tidak terbabit dalam bidang seni sejak beberapa lama.

Mendedahkan sebelum ini jarang menerima tawaran dalam bidang seni selepas terpalit insid£n hitam tahun lalu, Syed bagaimanapun reda dengan apa yang berlaku dan memberikan tumpuan dalam perniagaan bersama isteri yang juga pengacara, Hana Ismail.

"Biarpun tidak ada tawaran dalam bidang seni, saya masih ada perniagaan iaitu menjual batu permata daripada Mesir. Saya dan isteri aktif buat bisnes.

"Saya anggap ini sebagai sebahagian daripada rezeki. Bagaimanapun, saya masih terbuka menerima rezeki dalam bidang seni. Saya membabitkan diri dalam industri seni sejak 2016 untuk sampaikan dakwah dalam nyanyian atau lakonan," jelas pendakwah berusia 30 tahun itu.

Syed dalam masa sama turut menafikan dakwaan namanya digam berikutan k£s mahkamah yang masih berjalan ketika ini, selain percaya apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, masa terluangnya itu banyak dihabiskan dengan anak, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

"Kalau orang t@kut, takkan MIG nak ambil saya. Saya pun tidak pasti. Kena tanya kepada pengarah atau produser. Apa pun, saya akan sentiasa bersikap profesional. Apa sahaja tawaran yang diberikan, saya pasti akan buat yang terbaik.

"Walaupun saya tidak menerima tawaran lain, tapi saya dapat tawaran daripada Allah untuk melihat anak membesar. Masa itu adalah emas.

"Walaupun sesaat, saya nak menghabiskan masa melihat anak saya membesar di depan mata. Selepas 17 hari saya meninggalkan anak, kini usianya sudah hampir enam bulan. Tak lama lagi sudah boleh makan pula," katanya.

Sebelum ini, penerbit filem Daj@l: Satu Malam Di Ped@jal (Dajal), David Teo menjelaskan pihaknya tidak akan memotong babak membabitkan lakonan Syed dalam filem bergenre 'thrill£r' itu.

David juga meminta penonton tidak memboik0t filem itu kerana urusan kerja adalah urusan profesional dan Syed juga memberi komitmen penuh dalam lakonannya.

Pada Ogos lalu, Syed dij@tuhi hukvman penj@ra 10 tahun dan tiga seb@tan oleh Mahkamah Seksyen, Shah Alam kerana mer0gol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Aslam Zainuddin membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Syed yang sudah meringkuk selama 21 hari di Penj@ra Kajang dibebaskan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: