10 February 2025

"SATU DETIK PALING INDAH YANG SUDAH DITUNGGU-TUNGGU SELAMA INI SUDAH DICAPAI" - WANNA ALI



"Alhamdulillah, syukur saya sekarang sudah bergelar isteri, Khairil Amri sepenuhnya. Satu detik paling indah yang sudah ditunggu-tunggu selama ini sudah dicapai.

"Kehadiran keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat pada hari bahagia ini, sangat saya hargai. Gembira melihat kehadiran semua. Akhirnya menjadi kenyataan."

Demikian kata pelakon juga penyanyi, Wanna Ali dimana dia menyifatkan impian indah yang ditunggu-tunggunya dalam hidup selama ini sudah menjadi kenyataan selepas dia sah bergelar isteri, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar

Wanna atau atau nama sebenarnya, Nor Syazwana Mohd Ali, 27, berkata, perasaannya kini lega apabila majlis pernikahan dan resepsi perkahwinannya bersama suami, Khairil Amri Khalid berjalan lancar.

Dalam pada itu, ujar Wanna, dia dan suaminya tenang-tenang saja kerana mereka memang sudah bersedia untuk membawa hubungan cinta dijalin ke fasa perkahwinan dan hidup bersama.

"Segala pengorbanan, perjalanan (dalam perhubungan) dan usaha yang kami berikan, Alhamdulillah sampai juga ke detik bahagia ini dan semuanya berjalan dengan baik.
"Lega sangat kerana suasana acara dan majlis bahagia ini kelihatan sangat intim sebagaimana yang dirancang dan kami inginkan," tuturnya.

Sebelum ini, Wanna berkongsi, dia bertemu jodoh dengan lelaki pilihan, Khairil Amri yang juga anak bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar selepas berkenalan dan rapat sejak tahun lalu.
Pasangan ini sah bergelar suami isteri pagi semalam, selepas dinikahkan oleh Ustaz Abdus Salam Mahmud dengan berwalikan bapa Wanna iaitu Mohd Ali.

Wanna yang juga anak penerbit filem dan drama, Datuk Ayu Puteh itu menerima mas kahwin sebanyak 10 dinar emas serta sebentuk cincin, manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Malam tadi, Wanna dan Khairil Amri diraikan dalam majlis resepsi penuh gemilang dan meriah di GlamHall Damansara yang dihadiri kira-kira 500 tetamu jemputan pada kalangan keluarga, saudara serta kenalan rapat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: