10 February 2025

RUMAH TANGGA DIDAKWA BERG0LAK SUSULAN SUAMI PADAM GAMBAR BERSAMA - ZEHRA ZAMBRI TAMPIL NAFI, INI JELASNYA



"Suami letak dalam arkib semua gambar-gambar dalam Instagram sebab tak suka ditanya kawan-kawan tentang dunia artis sebab tidak meminati bidang seni. Saya hormati pilihan suami. Sebelum ini, kami memang hidup dengan penuh privasi.

"Perkahwinan kami tak mudah sebab ada juga konflik kekeluargaan," jelas penyanyi Zehra Zambri, 38, yang menyangkal dakwaan rumah tangganya sedang berg0lak, susulan suaminya, Nur Mohd Iqwan Samsudin bertindak memadam foto mereka dalam Instagram (IG).

Kata Zehra, suaminya tidak memadam foto sebaliknya hanya diletakkan dalam 'mode' arkib kerana tidak gemar menjadi perhatian umum, selain turut memaklumkan sepanjang pembabitan dalam GV11, suaminya menolak menonjolkan diri kerana dia bukan anak seni.

Klik untuk gambar besar

Begitupun, penyanyi lagu 'Semalakama' itu memberitahu, tind@kan suaminya itu bukan bermakna tidak menyokong karier seninya, sebaliknya tidak selesa menjadi perhatian.

"Sepanjang pertandingan, suami memang tidak suka diberi perhatian. Dia bukan anak seni dan tidak faham dunia glamor. Suami memang menolak untuk menonjolkan diri kerana risau kehidupan keluarga tidak ada lagi privasi.
"Katanya, biar saya seorang ke hadapan. Kalau boleh dia tak mahu orang tahu siapa suami Zehra atau cari gambar sebab tidak bersedia untuk diberi perhatian," tuturnya.

Untuk makluman, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Nur Mohd Iqwan pada 10 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun.

Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017, namun bercerai pada April 2018.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: