05 February 2025

DIDAKWA SUDAH SOLO KERANA KERAP 'POST' CERITA ISTERI TERSAKITI - UQASHA SENROSE TAMPIL BERSUARA



"Encik Kamal Adli, semalam ada orang kata dia nak 'try' awak. Dia tanya saya sudah janda ke? Solo ke? Saya tanyalah 'kenapa, awak nak goda saya ke Kamal Adli?'..."

Itulah kata pelakon Uqasha Senrose, 33, dimana dia mendedahkan seorang wanita secara terbuka cuba menggoda suaminya yang juga pelakon, Kamal Adli, 39.

Dalam sesi siaran langsung di media sosial, Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menceritakan kejadian itu kepada Kamal yang berada bersamanya.

Ujar Uqasha lagi, wanita terbabit menyangka dia sudah bercerai kerana kerap berkongsi hantaran berhubung kisah isteri disakiti.

Klik untuk gambar besar

"Selepas itu, dia kata saya selalu 'post' isteri tersakiti, jadi ingat saya janda. Dia nak goda awak, tolong cakap dekat dia ini," tuturnya yang turut menyuruh Kamal jawab pertanyaan itu.

Kamal bagaimanapun hanya memberi respon bersahaja dan kembali mendodoi anak mereka, Hawra Uqaira.

Sebelum ini, muncul desas-desus mengatakan hubungan Uqasha dan Kamal bergolak, namun ia telah dinafikan pasangan itu dengan menjelaskan mereka masih bahagia bersama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: