"Nafkah bulanan untuk sayang. Doakan saya supaya bawa balik hadiah. Halalkan hutang-hutang saya selama ini.
"Semoga kita kekal bahagia hingga syurga. Insya Allah satu hari nanti kita akan dapat anak. Doa dan usaha sama-sama. Amiiiiin."
Demikian kata-kata penyanyi Aiman Tino dalam sekeping nota, dimana dia meninggalkan sejumlah wang untuk isterinya, Che Syarah Haifa sebelum keluar memancing.
Klik untuk gambar besar
Dalam video tersebut, isteri Aiman dilihat sebak selepas membaca nota suaminya itu, lebih-lebih lagi pasal anak.
Tindakan Aiman yang meninggalkan sekeping nota dan sejumlah wang nafkah terhadap isterinya sebelum melakukan aktiviti memancing telah menarik perhatian ramai.
Perkongsian itu menerima pujian ramai yang menyifatkan penyanyi itu cukup romantis dan suami bertanggungjawab.
Untuk makluman, Aiman Tino mendirikan rumah tangga bersama Syarah pada April 2023.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment