04 February 2025

VOKAL TERBAIK AJL-39 VERSI MEDIA SOSIAL - AINA ABDUL BERJAYA BOLOT



Malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-39 bakal berlangsung pada 16 Februari nanti di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan menampilkan 10 finalis dimana mereka bakal berentap bagi merebut gelaran juara.

Meskipun acara berprestij itu belum lagi berlangsung, namun penyanyi Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu 'Puas Sudah' nampaknya terus memperkukuhkan pengaruhnya apabila memenangi Vokal Terbaik AJL-39 versi media sosial.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, Aina yang sering tampil dengan busana luar biasa itu mendominasi undian apabila berjaya meraih hampir 30,000 undian secara individu dalam Instagram Story (IGs) rasmi di TV3 Malaysia.

Klik untuk gambar besar

Peminat muzik tanah air terus menunjukkan sokongan luar biasa dalam sesi undian versi media sosial AJL-39 dengan jumlah keseluruhan 40,000 undian dikumpulkan daripada pusingan 1 hingga 3, manakala pusingan akhir mencatatkan 32,000 undian.

Undian berlangsung antara 22 hingga 30 Januari lalu adalah inisiatif TV3 untuk meningkatkan pembabitan peminat dan merancakkan perbualan di media sosial menjelang malam kemuncak AJL-39.

Difahamkan, undian itu hanya bertujuan untuk keseronokan dan tidak akan mempengaruhi keputusan sebenar AJL 39.
Selain lagu 'Puas Sudah', sembilan lagi lagu yang turut mara ke pentas AJL-39 adalah 'Bukan Lagi Kita' nyanyian Nadeera ciptaan komposer dan penyanyi Hael Husaini dan Iqie Hugh, 'Sengaja' (Amir Masdi / Bunga Cantik & Hang Nadim) dan 'Saksama' (Akim & The Majistret / Akim & The Majistret & Bunga Cantik).

Turut bersaing, 'Diam' (Hael Husaini / Hael Husaini & Iqie Hugh / Hael Husaini & Iqie Hugh); 'Hening Rindu' (Marsha Milan / Ikhwan Fatanna & Wan Salleh / Ikhwan Fatanna) dan 'Aura' (Ernie Zakri / Ernie Zakri & John Jeeves / Ernie Zakri & John Jeeves).

Tidak ketinggalan, 'Pujaanku' (Kugiran Masdo & Aisyah Aziz / Ali Sariah/Ali Sariah & Hedimoru), 'Risiko' (Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique / Apipapol / Benzoloo, Ghidd, Isobahtos, Meerfly, Tuju & MK K-Clique) dan 'Terus Bersinar' (Hafiz Suip / Mas Dewangga, Jova Devito & Datuk Arisz Abdul Rahman / Mas Dewangga & Jova Devito).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: