04 February 2025

BILA PENAMPILAN ZAHNITA SELEPAS DITATARIAS TARIK PERHATIAN, WAJAH TERUS NAMPAK 'INTERNATIONAL'



Semua sedia maklum mengenai kisah bekas model, Zahnita Wilson yang sebelum ini menjadi bualan hangat selepas membuat pendedahan mengejutkan mengenai dirinya.

Baru-baru ini, penampilan Zahnita yang muncul di sebuah acara di sebuah hotel di ibu kota, telah mendapat perhatian apabila tampil anggun setelah ditatarias oleh jurusolek terkenal, Sheila Mohamad.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan-rakan artis turut meluahkan rasa teruja serta terpukau melihat penampilan Zahnita yang sangat cantik.

Klik untuk gambar besar

Bukan itu sahaja, malah ramai yang menyifatkan model terkenal yang mempunyai empat cahaya mata ini kembali melakukan 'comeback'.

Terdahulu, Zahnita mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga ketika menjadi isteri kepada Abdul Zackery Ghouse selama 20 tahun sejak 2005.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik buat Zahnita Wilson dan anak-anaknya agar dapat melalui kehidupan yang lebih baik berbanding sebelumnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: