04 February 2025

"KONSEPNYA MASIH SAMA... BIARLAH PUNYA KELAINAN" - FAIZAL TAHIR AKUI KURANG MINAT TONTON PROGRAM REALITI



"Saya tak nak cakap program realiti sekarang s£ndu, tetapi secara jujurnya, saya sendiri kurang berminat menonton sebab konsepnya masih sama. Saya dah melalui pengalaman itu.
"Kalau masih ada (pertandingan realiti), biarlah punya kelainan. Kalau saya tengok dan rasa 'wow, lain eh sekarang', itu baru menarik. Tapi kalau sama saja, susah nak tarik minat.

Demikian ujar penyanyi Faizal Tahir yang berpendapat dia melihat rancangan realiti masa kini tidak lagi menc£tuskan fenomena seperti dahulu dan seperti sudah hilang tarikan.

Ulas Faizal lagi, peredaran masa serta perubahan teknologi membuatkan format program realiti dilihat kurang relevan, apatah lagi katanya, konsep yang diketengahkan masih sama seperti dahulu.

"Dulu, media sosial tak macam sekarang. Waktu itu, kalau nak tunjuk bakat, perlu hadir sesi uji bakat. Sekarang, semua orang boleh cipta platform sendiri," tuturnya.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dulu penonton boleh menentukan pemenang menerusi undian dan disebabkan itu program realiti menjadi perhatian ramai.

"Dulu orang suka sebab rasa terlibat dengan pemilihan artis. Mereka rasa berkuasa. Mereka boleh undi sesiapa yang mereka mahu dan sanggup berhabis beribu asalkan artis pilihan mereka menang.

"Itu antara sebab pertandingan realiti dulu meletup. Kalau saya nak betul-betul nak jawab hal ini, senang cakap itu hak masing-masing. Kalau memang ada duit nak buat program, buat sahajalah," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: