04 February 2025

DAKWA DIGANTUNG TAK BERTALI - ISTERI KEDUA PELAKON VETERAN AKUI ALAMI KEMURUNGAN, TERPAKSA MAKAN UBAT



"Saya tak kenal dia mendalam, tak bercinta dan sebagainya. Tapi perwatakan dia nampak lembut dan tenang. Selepas kahwin nampak karakter sebenarnya yang suka memanipulasi keadaan.
"Dia takut isteri pertama dan burukkan saya konon saya yang paksa dia kahwin. Agak pelik sebab untuk apa saya nak paksa dia. Lainlah dia anak orang kaya, ada gelaran.

"Dari segi nafkah memang saya tak dapat. Malah saya tanggung dia termasuk isi rumah satu lagi. Setahun lebih dia tiada tawaran berlakon," kata seorang wanita berusia 40-an yang juga isteri kedua pelakon drama popular era 1990-an.

Dalam laporan Harian Metro, wanita terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Puan A mendakwa dia yang juga isteri kedua kepada pelakon drama popular era 1990-an, digantung tidak bertali, selain meminta suaminya itu menjelaskan status sebenar mereka.

"Dia juga duta produk yang syarikat keluarkan. Dari situ dia mula luahkan perasaan. Saya tahu statusnya suami orang dan menolak. Tapi dia meyakinkan hingga saya akur hingga kami berkahwin dan dirahsiakan dari pengetahuan isteri pertama kerana bimbang rumah tangganya tergugat.

"Kami kahwin masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 secara online. Segala urusan kahwin dia uruskan. Dia di Kuala Lumpur dan saya di tempat lain," katanya yang menjelaskan,perkenalan mereka bermula pada 2018 atas dasar kerja di syarikat yang sama.

Dalam pada itu, wanita berkenaan turut memberitahu, dia berpindah ke Kuala Lumpur selepas PKP dilonggarkan, namun dia dan suami tidak tinggal bersama kerana pelakon veteran itu memberi pelbagai alasan.

Katanya lagi, isteri pertama pelakon itu sebenarnya sudah mula mengetahui mengenai perkahwinan mereka pada September lalu dan disuruh cerai dengan talak tiga.

"Dia ikut tapi nama yang disebut bukan nama saya. Kiranya talak tak jatuh. Apabila ada masalah dia akan hilangkan diri dan hanya cari saya untuk minta wang. Saya ada pendapatan sendiri dan anak-anak dari perkahwinan terdahulu turut bantu.

"Saya pun dah berhenti dari syarikat itu pada 24 Januari lalu. Saya akhirnya pujuk dia selesaikan cara baik di mahkamah. Dia bawa isteri nombor satu dan kami pun tiada perbincangan untuk penyelesaian," kata ibu tiga anak itu.

Dakwa Puan A lagi, sepanjang berkahwin mereka tiada sebarang dokumen atau surat menyurat, malah suaminya itu berjanji akan buat sehinggalah mereka berpisah.

"Saya kata okey kalau dah tiada surat menyurat, tak perlulah nak pergi mahkamah. Kiranya lafaz cerai selesai begitulah. Tapi mungkin sebab isteri pertama nakkan kesahihan kami bercerai, dia pergi mahkamah Gombak dan perkahwinan kami kena didaftarkan semula, kemudian akan disiasat sah atau tidak.

"Saya minta suami bertanggungjawab dalam perkara ini dan dia asyik kata dalam proses. Dia beri macam-macam asalkan dan sengaja mainkan emosi saya," tuturnya yang kini mengalami kemurungan dan terpaksa makan ubat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: