04 February 2025

MULA RAWATAN IVF TAHUN LALU - ISTERI ZUL (2 BY 2) PASANG IMPIAN DAPAT ANAK KEMBAR TIGA



Penyanyi Zul (2 by 2) baru-baru ini telah mendedahkan isterinya iaitu Intan Maya sudah memulakan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sejak tahun lalu selepas masih memasang impian miliki cahaya mata.

"Memang kedua-dua kami nak ada anak lagi selepas berkahwin ni," ujar Zul dimana dia turut memberitahu isterinya yang merupakan bekas anggota kumpulan The Girls itu jalani prosedur IVF pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Zul atau nama sebenarnya, Zulkefli Majid, 53, menjelaskan, masih belum ada rezeki untuk isterinya kembali hamil selepas mengalami keguguran sebanyak dua kali pada tahun 2022.

"Selepas alami keguguran dulu tu kami ada ke hospital buat pemeriksaan kesihatan dan doktor kata semua okay. Jadi kami jalani prosedur IVF pada tahun lepas, cuma masih belum ada rezeki," tuturnya.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, Maya, 42, memberitahu, dia dan suami mempunyai keinginan untuk memiliki jantina anak berbeza, selain turut berdoa dan berharap agar diberikan rezeki mengandung anak kembar selepas ini.

"Kalau ikut hati, suami nak anak lelaki saya pula nak anak perempuan. Tapi doakan ya mana tahu ada rezeki dapat kembar tiga. Sebelum ini pun saya ada sejarah melahirkan anak kembar," katanya.

Untuk makluman, Zul dan Maya bertemu jodoh pada Februari 2022 selepas lapan bulan mengikat tali pertunangan.

Hasil perkahwinan terdahulu, Zul memiliki lima orang cahaya mata, manakala Maya pula mempunyai empat orang anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: