04 February 2025

"ZARA & TOK RAM (RAMLI MS) PUNYAI HAK SEPERTI BAPA & ANAK KANDUNG" - ALYAH AKUI SUDAH JADI IBU SUSUAN, ZARA ADA PERTALIAN DARAH



"Saya dah susukan Zara (nama panggilan Izzara). Jadi antara Zara dan Tok Ram (Ramli) mempunyai hak seperti bapa dan anak kandung. Harap selepas ini dapat memberi jawapan kepada pihak yang sering mesej saya berkenaan hal ibu susu."

Demikian jelas penyanyi Datin Alyah dimana dia mengakui sudah menjadi ibu susuan kepada anak angkatnya, Nur Izzara, dan berhubung itu, dia berharap tiada keraguan timbul mengenai hak anaknya dalam keluarga terutama membabitkan hubungan suaminya iaitu Datuk Ramli MS atau Tok Ram.

Selain itu, Alyah atau nama sebenarnya, Nor Hasliah Abu Hassan, 44, turut memaklumkan, Izzara ada pertalian darah memandangkan dia merupakan anak saudaranya sendiri.

Klik untuk gambar besar

"Zara dengan saya bukan orang lain, dia adalah anak saudara saya sendiri. Kami tak ambil Zara dari mana-mana kebajikan atau rumah anak yatim. Jadi minta maaf banyak-banyak kepada yang bertanya di mana saya ambil Zara dan bagaimana nak ambil anak angkat," katanya.

Dalam masa sama, pelantun lagu 'S£sal Separuh Nyawa' itu juga sempat menasihati ibu bapa yang ingin mengambil anak angkat kerana amanah tersebut merupakan tanggungjawab besar.
"Nasihat saya jangan ikut kata orang atau apa rasa hati kita mahu sebab yang kita jaga ini adalah jiwa dan nyawa. Besar tanggungjawab ini, tak mudah. Sebelum apa-apa keputusan dibuat, mohonlah pada Yang Maha Kuasa," ujarnya.

Pada Jun tahun lalu, penyanyi asal Johor Bahru itu mengumumkan kehadiran orang baharu dalam hidupnya dan suami dimana mereka telah mengambil Nur Izzara sebagai anak angkat ketika mengadakah majlis aqiqah buat bayi berkenaan.

Untuk makluman, Alyah dan Ramli MS mendirikan rumah tangga pada 18 Mac 2013, namun belum dikurniakan cahaya mata. Menerusi perkahwinan terdahulu, Ramli MS mempunyai dua anak.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: