"Pendekatan Scha membesarkan dua anak perempuan sangat mencabar. Saya mulakan di rumah dengan memberitahu mereka 'that you are strong and you are kind'. Bagi Scha dua benda itu sangat-sangat penting."
Itulah ujar pelakon Scha Alyahya dimana dia mengakui membesarkan dua anak perempuannya merupakan cabaran besar, namun dia percaya bahawa asas yang kukuh dalam diri membentuk jati diri kuat.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon dan pengacara Awal Ashaari ini turut berkongsikan pandangan mengenai mengenai penggunaan mekap dalam kalangan kanak-kanak.
Klik untuk gambar besar
Scha bagaimanapun, berkata, dia menyarankan agar Lara tidak terburu-buru bersolek, lebih-lebih lagi kulit kanak-kanak pada usia muda, seharusnya dibiarkan alami tanpa gangguan bahan kim1a.
Tambah Scha, selain Lara, anak bongsunya, Lyla Amina juga turut sama suka bermekap dan dia tidak tahu siapa yang mengajar anak perempuannya itu.
"Saya seorang yang agak tradisional dan konvensional, pandangan Scha tak perlu lagi. 'You are fine the way you are'. Sejak setahun, dua tahun lepas, dia (anak bongsu, Lyla Amina) memang suka mekap. Tak tahulah siapa yang ajar dia.
"Scha selalu berbual dengan Awal, kelainan Scha seorang yang lasak dan tidak suka mekap. Jadi, kami pelik, Lyla ikut perangai siapa?" tuturnya.
Untuk makluman, Scha mendirikan rumah tangga dengan Awal Ashaari pada 4 Mei 2012 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment