06 April 2025

AL-FATIHAH - ISTERI ALI XPDC KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan buat penyanyi Ali XPDC, 57, atas pemergian isteri tercintanya, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, yang meninggal dunia akib@t kans£r payud@ra di Hospital Putrajaya pada jam 6.08 petang, hari ini.

Rakan baik Ali iaitu Fuad Syahrin ketika dihubungi berkata, dia mendapat tahu berita sedih itu daripada Ali sendiri.

"Saya dalam perjalanan ke hospital untuk menziarahi isteri Ali tetapi dia pula hubungi saya dan beritahu isterinya sudah meninggal dunia di wad.

"Ali beritahu dalam keadaan yang sangat sedih dan saya berusaha untuk menenangkannya kerana ia sudah ketentuan Allah.

"Ali dan anak-anaknya juga sudah berada di hospital untuk menguruskan jenazah isterinya itu," jelasnya.

Klik untuk gambar besar

Kongsinya lagi, jenazah isteri Ali itu akan disolatkan di Masjid Bandar Baru Salak Tinggi selepas solat Isyak.

"Jenazah masih lagi di hospital. Selepas semua urusan di hospital selesai, jenazah isteri Ali akan disolatkan di masjid dan seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Salak Tinggi malam ini," katanya.

Sebelum ini, Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah sejak 24 Mac lalu, manakala isterinya pula dirawat di Hospital Putrajaya kerana kans£r payud@ra.

Bagaimanapun, Ali sudah dibenarkan keluar dari wad sejak Khamis lalu dan kini berehat di rumah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: