"Semoga menjadi isteri yang soleh dan menjaga rumah tangga dengan baik serta banyakkan bersabar. Apa yang suami larang, perlu diikut sebab taat seorang isteri adalah pada suaminya. Doa suami itu amat berharga untuk seorang isteri.
"Setiap perkara yang kita buat di dunia ini hanya sementara dan tidak kekal. Apa yang kekal apabila kita sudah pergi nanti. Walaupun kita berpisah di dunia ini, tapi masih boleh berjumpa.
"Sentiasa menjaga a1b dan nama baik suami. Mummy doakan yang terbaik," itulah pesanan ibu kepada penyanyi Aisyah Aziz iaitu Siti Hafiza S Mohamad Basharahil, selepas diundang ke stesen radio di Singapura bersama anak perempuannya itu.
Menerusi siaran langsung di media sosial sebuah stesen radio Singapura itu, Hafiza gag@l menahan air mata apabila akan 'melepaskan' anak perempuannya itu yang bakal mendirikan rumah tangga bulan ini.
Disamping itu, Hafiza juga mendoakan agar adik kepada penyanyi dan pelakon Aliff Azziz ini kuat berdepan sebarang ujian selepas mengambil keputusan untuk berhijrah ke arah kebaikan termasuk dengan imej berhijab.
"Perubahan Aisyah ini pun Allah yang gerakkan hatinya. Sebagai ibu, kita boleh mendidik dengan sebaik mungkin tapi apabila mereka keluar ke dunia luar perlu sentiasa diiringi dengan doa sebab pengaruh luar sangat hebat.
"Saya yakin semua orang tua sentiasa mengajar dan membimbing benda yang baik. Tiada ibu bapa yang nak anak-anak dia jadi tak baik. Allah lebih tahu apa yang kita tak tahu. Allah yang menguruskan kehidupan hamba-Nya. Kita hanya boleh buat yang terbaik dan bertawakal.
"Sebagai manusia kita juga wajib mendoakan yang baik-baik. Kalau nak baik untuk diri kita, kena selalu doakan yang terbaik untuk orang lain," katanya yang turut menyifatkan setiap ujian hebat yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
"Apabila diuji dengan hebat, bohonglah kalau tidak rasa apa-apa sebab kita ini hanya manusia biasa. Tetapi apabila rasa s@kitnya kita perlu fikir semula kenapa Allah uji sehebat ini dan pasti ada jawapan.
"Percayalah Allah itu Maha Baik. Kadangkala orang yang tidak diuji perlu rasa t@kut sebab dia akan terus leka, tetapi apabila seseorang itu diuji dengan hebat maknanya Allah menj£ntik hati dan pemikiran untuk mengatakan mungkin kita sudah alpa dan lalai terlalu lama.
"Jadi kita seharusnya menjadi manusia yang lebih baik. Tak kisah berapa sekali pun umur kita. Mudah-mudahan usia semakin meningkat pun kita masih belajar dan buat perubahan diri sehingga pergi buat selamanya," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment