27 April 2025

"DOAKAN YANG TERBAIK BUAT SAYA... BUAT MASA INI, SAYA HANYA INGIN MENIKMATI KEHIDUPAN BERDUA..." - SARAH SUHAIRI BELUM RANCANG UNTUK HAMIL DALAM MASA TERDEKAT



Seperti biasa jika seseorang berkahwin pastinya akan diajukan soalan mengenai zuriat, begitulah yang dihadapi penyanyi Sarah Suhairi yang turut tidak terlepas daripada soalan itu walaupun belum setahun melayari alam rumah tangga sejak Julai tahun lalu.
Kata penyanyi lagu SAH yang kini berusia 24 tahun itu, ini kali pertama dia melalui pengalaman sebegini, namun tidak terk£san dengan soalan yang diajukan.

"Ketika sibuk berniaga di Brunei pada Ramadan lalu, ramai pengunjung yang singgah di gerai saya bertanyakan mengenai anak. Bila saya menjawab saya belum dikurniakan rezeki itu, mereka memberi kata-kata p0sitif serta mendoakan yang terbaik buat saya.

"Saya tidak ter@sa hati dengan usikan yang diberi kerana saya faham, semuanya datang daripada keprihatinan dan niat yang baik. Di kampung pun begitu, ada yang memegang perut saya sambil bertanya perkara yang sama. Doakan yang terbaik buat saya," ujarnya.

Dalam pada itu, Sarah turut menjelaskan, dia belum merancang untuk hamil dalam masa terdekat ini, namun jika dikurniakan rezeki zuriat, dia menerimanya dengan hati terbuka.

"Buat masa ini, saya hanya ingin menikmati kehidupan berdua serta hobi yang saya gemari. Jika rezeki zuriat hadir tanpa dirancang, saya anggap itu sebagai pemberian Tuhan. Ramai yang mengimpikan cahaya mata tetapi belum dikurniakan. Ini semua aturan Tuhan," katanya.

Malah, kata Sarah lagi, suaminya iaitu Aswad Anuar tidak memberikan sebarang tek@nan, sebaliknya memberikan sepenuhnya ruang dan keselesaan untuknya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: