27 April 2025

PROGRAM REALITI TV - AYU DAMIT ENGGAN SERTAI LAGI : "CUKUP-CUKUPLAH... SAYA SUDAH LALUI PROSES P£NING KEPALA SAMPAI MIGR4IN..."



Penyanyi, Ayu Damit, 35, yang juga juara program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua dan pemenang tempat ketiga, program realiti popular Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada 2020 itu berkata, dia juga tidak merancang untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian ketika ini.
"Cukup-cukuplah, masuk dalam program realiti TV sebab saya sudah tiada masa untuk itu. Misi saya sekarang mahu menggenggam ijazah dan bergelar pensyarah pula.

"Suami pun cakap tak payah masuk program realiti TV lagi, lebih baik duduk diam-diam di rumah dan selesaikan pengajian. Jangan nak p£ning kepala sampai migr@in lagi.

"Ketika sertai GV7, saya dapat migr@in kerana banyak benda (komitmen) yang perlu dibuat dari segi lagu dan hanya ada satu hari saja berehat.

"Jadi, saya sudah lalui proses itu dan sampai masa untuk saya berhenti dari sertai program realiti nyanyian," katanya ketika ditanya sama ada dia mahu menyertai program realiti TV selepas ini.

Ditanya sama ada dia merancang untuk meninggalkan karier nyanyian, Ayu yang kini menyambung pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dalam Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif, menafikannya.

"Sebenarnya, saya sudah ada sas@ran dalam karier iaitu pada usia 45 tahun, saya mahu hidup tenang. Takkan nak menyanyi sampai umur 60 tahun?

"Bukan mahu tinggalkan karier seni tapi saya mungkin perlahankannya pada usia 45 tahun kerana mahu hidup lebih relaks, fokus perniagaan dan mengajar pula pada masa depan.

"Selepas selesai pengajian ijazah di Aswara lagi dua tahun, saya akan sambung ke peringkat master (sarjana) dan mungkin mengajar dulu.

"Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar, saya akan sambung pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) pula nanti," tutur Ayu yang akan bekerjasama dengan Datin Alyah dan Idayu untuk menjayakan showcase, An Evening To Remember yang bakal berlangsung di Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya pada 21 dan 22 Jun nanti.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: