06 April 2025

ISTERI MASIH DI HOSPITAL - ALI XPDC DAH DIBENARKAN KELUAR WAD



"Alhamdulillah, ayah sudah keluar dari wad dan keadaan kesihatannya juga baik. Adik bongsu yang menjaga ayah di rumah ketika ini.
"Cuma ayah tidak boleh berjalan jauh dan masih menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Doktor beritahu ayah kena konsisten makan ubat dan masih ada rawatan susulan di hospital selepas ini."

Demikian jelas anak sulung kepada penyanyi Ali XPDC, 57, iaitu Wan Aliuddin Aqiel Mohd Ali atau Aqiel, 29, dimana dia memaklumkan keadaan bapanya itu kini sudah dibenarkan pulang sejak Khamis lalu.

Selain itu, Aqiel turut memberitahu keadaan ibunya, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, yang menghidap kans£r payud@ra, dimana isteri Ali itu masih dirawat di Hospital Putrajaya.

"Doktor akan buat ujian imbasan tom0grafi berkomputer (CT Scan) minggu depan. Selepas itu, barulah ibu akan buat rawatan kem0terapi. Saya juga belum diberitahu oleh doktor bila ibu dijangka keluar dari wad.

"Pada masa sama, saya juga mohon doa daripada semua semoga ibu dapat dirawat dengan segera dan tiada masalah kesihatan lain," katanya.

Sementara itu, pasangan ini terpaksa menyambut Aidilfitri di hospital tahun ini berikutan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Maklum Aqiel, persiapan Aidilfitri mereka sekeluarga juga ala kadar kerana dia dan adik-beradik juga terpaksa berulang alik ke hospital untuk menjaga ibu bapa yang ditahan di wad.

"Pastinya kami sekeluarga sedih kerana terpaksa menyambut Aidilfitri dan berkampung di hospital tahun ini," ujar Aqiel.

Sejak 24 Mac lalu, Ali dimasukkan ke Hospital Cyberjaya untuk menerima rawatan paru-paru berair dan jantung lemah, manakala isterinya pula, dirawat di Hospital Putrajaya kerana kans£r payud@ra.

Dalam pada itu, mereka yang berhasrat memberikan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Wan Aliuddin Aqiel Mohd Ali (162385058600).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: