09 May 2025

AIR MATA TAK BERHENTI MENGALIR - NOORKHIRIAH SIFATKAN BERLAKON JADI JENAZAH & DIMASUKKAN KE LIANG LAHAD SEBAGAI DETIK PALING BERMAKNA & CUKUP BERHARGA



"Saat-saat memasukkan diri ke liang lahad. Saya yang minta pada pengarah, Shahrulezad Mohameddin untuk masuk ke dalam liang lahad, tapi kemudian saya lupa dan gementar.

"Sampai di kubur, saya buntu. Air mata tak berhenti. Ya Allah... Pesan saya satu sahaja, jangan tinggal solat walaupun kita ini jah@t macam mana sekalipun. Jika ada rasa sayang dengan diri sendiri."

"Terima kasih Allah atas hadiah yang cukup besar. Pada 9 April 2025, dua hari sebelum ulang tahun kelahiran Allah izinkan akak masuk liang lahad.

"Kemudian pada hari ulang tahun pula, suami hadiahkan kain kafan. D0sa banyak sampai Allah bagi nikmat ini. Momen ini mahal."

Demikian tulis pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie atau Khiriah, 47, menerusi satu perkongsian dimana ia menjadi perhatian ramai apabila memuat naik video dia melakonkan babak menyayat hati sebagai jenazah dan dimasukkan ke liang lahad dalam drama bersiri 'Seribu Tahun'.

Klik untuk gambar besar

Khiriah yang membawakan watak Nor itu menyifatkan pengalaman itu sebagai antara detik paling bermakna dan cukup berharga dalam karier lakonannya, apatah lagi penggambaran itu dilakukan dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya.

Dalam pada itu, Khiriah turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengarah drama terbabit iaitu Shahrulezad Mohameddin atas kepercayaan yang diberikan serta dedikasinya terhadap drama berkenaan.

"Buat Abang Ezad (Shahrulezad), mata Nor (watak dilakonkan) menjadi saksi betapa besar perjuangan abang demi 'Seribu Tahun'. Terima kasih, abang. Semoga setiap usaha dan ketulusan abang menjadi saham pahala.

"Di mulut abang tidak lekang kata-kata, 'Abang buat kerana Allah', 'Nor' akan saya simpan rapi dalam hati. Semoga Allah membalas segala kebaikan abang," katanya.

Perkongsian Khiriah itu mendapat pelbagai reaksi netizen serta rakan-rakan artis dimana rata-ratanya tersentuh melihat pelakon berkenaan menitiskan air mata sepanjang berada di dalam kubur.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: