09 May 2025

LUNA MAYA KAHWIN USIA 42 TAHUN - FARAHDHIYA BERSELOR0H KATA DIA MASIH LAGI ADA HARAPAN : "KE KENA CARI YANG MUDA-MUDA PULA MACAM LUNA?"



"Semalam ternampak Luna Maya kahwin usia 42, jadi saya masih lagi ada harapan la kan? Ke kena cari yang muda-muda pula macam Luna? Kepom (Elly Mazlien) tolong jawab please. Terima kasih dua ketul kesayangan saya sambut hari jadi saya. Sayang kamu."
Itulah tulis penyanyi dan pelakon, Farahdhiya dimana dia berselor0h mengatakan dirinya masih mempunyai harapan untuk bertemu jodoh selepas melihat pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya yang sudah bernikah pada usia 42 tahun.

Farahdhiya yang berkongsi perkara itu menerusi media sosial, turut bergurau sama ada dia perlu mencari pasangan yang muda seperti Luna yang berbeza usia 10 tahun dengan suaminya.

Pada Rabu lalu, Luna Maya selamat bernikah dengan pelakon Indonesia, Maxime Bouttier dalam satu majlis yang diadakan di Bali Indonesia.

Meskipun berbeza usia 10 tahun, namun tidak menghalang pasangan itu menjalin hubungan cinta dan akhirnya selamat bergelar suami isteri.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: