25 May 2025

AL-FATIHAH - FAUZIAH RAUF DIJEMPUT ILAHI



Takziah diucapkan buat keluarga wartawan veteran, Fauziah Rauf, 81, atas pemergiannya yang meninggal dunia di Hospital Selayang di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Pemergian Allahyarham Fauziah yang cukup dikenali dalam kalangan penggiat industri kreatif dan selebriti, disahkan anaknya, Nilly Wahida Omar.

Jelas Nilly Wahida, kira-kira seminggu lalu, ibunya yang juga pengasas Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), terj@tuh di kediaman mereka sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Allahyarham Fauziah yang dilaporkan meninggal dunia akib@t pendar@han di kepala, meninggalkan empat orang anak dan 13 cucu.

"Arwah terj@tuh dan berlaku pendar@han pada kepalanya. Sebelum ini pun hanya s@kit dar@h tinggi tapi makan ubat sepeti biasa.

"Kami anak-anak berada di sisi emak semasa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir. Allahyarham pergi dengan tenang sekali," katanya.

Mengikut maklumat WHAM, jenazah Allahyarham Fauziah berada di kediamannya di Selayang, sebelum dibawa ke Masjid Selayang Baru pada jam 10 pagi untuk urusan mandi, kafan, solat jenazah dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor.

Dalam satu kenyataan, WHAM merakamkan ucapan takziah dan duk@cita atas pemergian Allahyarhamah Fauziah Rauf yang juga bekas wartawan Utusan Malaysia termasuk majalah Wanita dan penerbit Nilly Publication.

Sementara itu, Presiden WHAM, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, berkata, Allahyarham Fauziah dianggap sosok wartawan wanita disegani dan dihormati dalam dunia kewartawanan serta industri seni dan hiburan tanah air.

"Allahyarham Fauziah bukan sahaja cemerlang dalam penulisan, malah antara wartawan wanita terawal yang berjaya menubuhkan syarikat penerbitan sendiri, iaitu Nilly Publication yang menerbitkan Majalah Pesta dan akhbar Pentas Dunia," ujarnya.

Kata Tengku Khalidah lagi, sebagai mengiktiraf sumbangan besarnya, Allahyarham Fauziah menerima Anugerah Tokoh Wartawan Berjasa sempena Anugerah Kewartawanan Industri Perfileman Malaysia (AKIFMA) 2017, anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan WHAM.

"WHAM mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Fauziah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: