25 May 2025

QI RAZALI SELAMAT BERNIKAH



Tahniah diucapkan kepada pelakon utama filem 'Babah' iaitu Qi Razali, 48, dimana dia kini telah pun selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya yang dikenali sebagai Wardah, 29.

Berita gembira itu dikongsi oleh personaliti TV, Fedtri Yahya di laman media sosial miliknya, dimana beliau bertindak sebagai pengacara majlis pernikahan pasangan berkenaan.

"Mengacarakan majlis pernikahan Babah," tulisnya ringkas.

Klik untuk gambar besar

Majlis yang dipercayai berlangsung di sebuah lokasi di Gopeng, Perak itu menyaksikan Qi atau nama sebenarnya, Qushairi Mohammed Razali Wong dan isterinya kelihatan manis sedondon berpakaian warna putih.

Namun majlis itu diadakan di lokasi terbuka berkonsepkan dalam taman yang dihadiri kaum keluarga dan sahabat handai pasangan mempelai.
Sebelum ini, Qi dalam satu temu bual secara terbuka memberitahu dia sudah bergelar tunangan orang namun enggan mendedahkan identiti bakal isteri yang berjaya menambat hatinya.

Untuk makluman, Qi pernah menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti seperti Yuna dan Nelydia Senrose termasuk seorang model iaitu Nia Atasha, namun berakhir dengan perpisahan.



         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: