"Ibu saya sekarang dah semakin uzur, umur dah masuk 79 tahun. Dia ada tek@nan darah rendah selain berpotensi terkena s£rangan str0k. Berat badannya juga hanya tinggal 29 kilogram.
"Kalau boleh nak luangkan masa banyak dengan ibu, tapi kalau tak bekerja siapa pula nak tanggung perbelanjaan kami?
"Kemampuan orang berbeza-beza, apa saya mampu itu yang saya berikan pada ibu. Selagi ibu saya hidup saya akan terus berkhidmat menjaga dia hingga akhir hayat."
Klik untuk gambar besar
Kata Azhan, ibunya bukan saja mengalami mas@lah tek@nan rendah tapi beris1ko terkena s£rangan angin ahmar (str0k) bila-bila masa.
Tambahnya lagi, dia perlu keluar untuk mencari rezeki buat mereka, meskipun perasaannya berbelah bahagi, namun dia perlu bahagikan masa dengan bijak.
Azhan dalam masa sama turut mengakui berat hati untuk meninggalkan ibunya di rumah, namun dia bekerja demi kehidupan selesa buat ibunya dan akan terus menjaga syurganya itu hingga ke akhir hayat.
Dalam perkembangan lain, Azhan bakal muncul dalam telefilem terbaharu berjudul 'Bilal dan Abah' menerusi saluran TV AlHijrah bermula 8 Jun depan.
Selain Azhan, pelakon lain yang turut membintangi telefilem itu ialah Harun Hashim, Ummi Nazeera dan Luqman Hafidz.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment