Pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada bagasi (luggage) peserta tersingkir Akademi Fantasia (AF) yang diseret keluar selepas pengacara Datuk Aznil Nawawi mengumumkan penyingkiran adalah milik sebenar mereka atau sekadar 'mockup'.
Semua sedia maklum mengenai program realiti itu yang sudah melabuhkan tirai sejak hampir 10 tahun lalu, namun masih ada beberapa perkara kekal misteri sehingga ke hari ini.
Berhubung perkara tersebut, penyanyi dan pengacara Nana Mahazan, 43, yang merupakan bekas peserta AF musim pertama pada 2003 itu tampil menjelaskan rasa ingin tahu netizen, sekaligus menjawab pertanyaan daripada pengikutnya di media sosial.
Kata Nana atau nama sebenarnya, Nurul Hana Che Mahazan, mereka sentiasa bersedia mengemas beg masing-masing apabila tiba malam persembahan.
Klik untuk gambar besar
"Cuma saya dengar AF lain mereka letak saja beg siapa-siapa di situ secara 'random' dan ambil beg sebenar selepas itu.
"Tapi AF1 memang setiap minggu kami kena kemas beg dan bawa keluar daripada akademi (tempat tinggal)," jelasnya.
Dalam pada itu, kongsi Nana lagi, masuk minggu ketiga pertandingan, kebanyakan peserta tidak lagi mengeluarkan pakaian daripada beg agar tidak perlu mengemasnya sebelum konsert.
Bukan itu sahaja, Nana turut memberitahu, peserta yang tersingkir juga tidak akan bertemu sehinggalah pertandingan tamat.
"Masuk minggu ketiga kami sudah tak keluarkan dah baju-baju dalam beg sebab tahu setiap minggu kena kemas beg bawa pergi konsert.
"Dan siapa yang tersingkir itulah beg yang kita ambil, terus keluar memang tak akan jumpa dah kawan-kawan dekat AF itu sampailah program habis," ujarnya yang mengimbau kenangan itu. .
Untuk info, Nana merupakan sal@h seorang peserta AF1 yang tersingkir pada minggu ketujuh program itu berlangsung.
Selain Nana, AF1 turut disertai oleh Liza, Sahri, Rosma, Burn, Atie, Adi dan Azza.
Manakala Vince pula, dia muncul sebagai juara musim pertama, begitu juga Khai yang berjaya menduduki naib juara dan Aziz yang hanya memperoleh tempat ketiga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment