20 May 2025

"NAFKAH ANAK-ANAK, TANGGUNBJAWAB PADA ANAK-ANAK, MANA TAK SETTLE-SETTLE LAGI?" - LINDA HASHIM HARAP BEEGO ISTIQAMAH SELEPAS IKUTI T4BLIGH, BUKAN HANYA 'WAYANG'



"T@bligh tu dah betul dah, t@kut dia yang tak betul. Harap-harap istiqamah, jangan wayang je. Nafkah anak-anak, tangungjawab pada anak-anak, mana tak settle-settle lagi?"

Itulah tulis pelakon Linda Hashim menerusi hantaran di media sosial, berhubung video tular yang dikongsikan seorang individu, dimana ia memaparkan suaminya, pelakon dan penyanyi Beego dipercayai sedang mengikuti kumpulan tabligh bersama rakan-rakannya, baru-baru ini.

Dalam hantaran itu, Linda berharap agar Beego istiqamah dan bukan sekadar 'wayang' sahaja, selain turut mengingatkan suaminya itu mengenai tanggungjawab serta nafkah terhadap anak-anak mereka.

Sebelum ini, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur melihat Beego kini mendekatkan diri dengan Allah ketika sedang dilanda ujian serta mengatakan dapat melihat wajah pelakon itu penuh kesedihan.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: