20 May 2025

SAHARUL RIDZWAN MINTA MAAF PADA ISTERI, TERPAKSA JUAL KERETA HADIAH SEMPENA ULANG TAHUN PERKAHWINAN



"Sayang, saya minta maaf, hadiah ulang tahun perkahwinan kita yang saya belikan pada tahun 2020 terpaksa dijual. Ada rezeki insya-Allah, nanti saya belikan hadiah lain."

Demikian kata pelakon Saharul Ridzwan yang memohon maaf kepada isterinya, Qaabila Deena Emir kerana terpaksa menjual kereta jenama Honda Jazz miliknya.

Saharul yang berkongsi perkara itu di media sosial, berkata, kereta tersebut merupakan hadiah buat isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka ke-4 pada tahun 2020.

Pelakon itu bagaimanapun tidak mendedahkan sebab mengapa dia terpaksa menjual kereta tersebut, sebaliknya hanya memberitahu, jika ada rezeki dia akan hadiahkan kereta lain buat isteri tercinta.

Klik untuk gambar besar

Maklum Shaharul lagi, kereta berwarna putih itu sudah pun terjual dan dibeli oleh individu berasal dari Kelantan.

"Alhamdulillah, sold out. Orang Kelantan beli. Sekarang proses untuk tukar nama pemilik kereta," tuturnya.

Sebelum ini, Saharul menjual beberapa aset miliknya antaranya kereta Mercedes Benz dan kondominium yang terletak di Cyberjaya pada Mei tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: