05 May 2025

"BAB BARU BERMULA, DENGAN DEGUPAN JANTUNG YANG TUMBUH DALAM DIRIKU" - AFIFAH NASIR KINI HAMIL ANAK SULUNG SELEPAS GENAP SETAHUN BERKAHWIN



"Setahun yang lalu, kita hanya menulis kisah cinta kita, satu halaman demi satu halaman. Kini, bab baru bermula, dengan degupan jantung yang tumbuh dalam diriku. Keajaiban kecil kita, lahir daripada cinta."

Demikian tulis pelakon Afifah Nasir menerusi hantaran di media sosial, dimana dia berkongsi khabar gembira dirinya kini sedang hamil anak sulung selepas genap setahun berkahwin dengan Syed Hariz.

Dalam video tersebut, Afifah atau nama penuhnya, Nur Afifah Nasir, 32, turut berkongsi foto imbasan yang memaparkan kandungannya, namun dia bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai usia kehamilannya itu.

Klik untuk gambar besar

Disamping itu, Afifah dan suaminya yang dilihat memeluk antara satu sama lain ketika berada di atas bot persiaran, kelihatan gembira apabila bakal bergelar ibu bapa tidak lama lagi.

Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata pengikut dan rakan artis turut gembira dengan khabar yang dikongsikan.

Untuk makluman, Afifah selamat mendirikan rumah tangga dengan Syed Hariz pada 5 Mei tahun lalu, selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: