05 May 2025

SAH CERAI TALAK SATU - ISTERI EDIKA YUSOF DAKWA JADI M4NGSA KEG4NASAN RUMAH TANGGA SEBELUM LUMPUH, ADA BUKTI GAMBAR & VIDEO



"Saya setuju melepaskan plaintif (Nor Hidayah)," demikian kata pelakon Edika Yusof ketika melafazkan cerai di hadapan hakim syarie, Syed Muhammad Syahadi Syed Siksh.
Lafaz itu sekaligus membuatkan rumah tangga Edika dan isterinya, Nor Hidayah yang di bina selama 21 tahun akhirnya menemui titik noktah.

Pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar jam 10.42 pagi tadi.

Dalam pada itu, Edika dilihat menjawab tiada ketika ditanya sama ada mempunyai ucapan terakhir buat bekas isterinya itu.

Kemudian, Nor Hidayah pula diminta membuat ucapan terakhir, dimana dia dalam nada sebak berharap agar Edika memahami keputusannya itu.

"Sebagai isteri, saya tak pernah menafikan semua kebaikan yang pernah dibuat dan keputusan saya atas hukvm.

"Saya tahu saya boleh bertahan sehingga akhir hayat, tapi apabila sudah membabitkan hukvm, saya terpaksa buat keputusan ini, Saya harap dia (Edika) faham," katanya.

Untuk makluman, Edika dan Hidayah mendirikan rumah tangga pada 2003 dan hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Fardeen Nasrulhaq, 21, dan Fereena Nurulhaq, 20.

Sementara itu, Nor Hidayah tampil mendakwa dia menjadi m@ngsa keg@nasan rumah tangga sudah lebih 20 tahun sepanjang perkahwinan mereka.

Kata Hidayah, dia ada segala bukti dalam bentuk gambar, video serta audio dan kegan@san itu berlaku sebelum dia lumpuh lagi.

"Edika boleh menafikan apa yang dia nak, dia boleh cakap apa yang dia mahu tetapi apa yang saya kemukakan dalam mahkamah adalah bukti yang kukuh.

"Saya ada gambar, video dan audio. Keganasan itu berlaku dari sebelum saya lumpuh," ujar Hidayah lagi, dimana dia sudah kemukakan bukti di mahkamah.

Tambahnya lagi, malah anak-anak mereka turut menjadi saksi dan pihak polis juga sudah banyak kali datang ke rumah.

"Anak-anak juga menjadi saksi. Walaupun anak perempuan tak duduk dengan saya tapi tidak bermaksud dia tidak tahu apa yang terjadi. Anak perempuan berpihak pada saya.

"Contoh kalau ada kejadian-kejadian tertentu yang tak dapat dikawal, anak perempuan saya orang pertama yang akan cari abang sulung dia dan kalau abang dia tak dapat datang, dia diam-diam akan hubungi pihak polis.

"Banyak kali dah pihak polis datang rumah. Anak perempuan juga mempunyai bukti seperti video insid£n yang berlaku. Kalau pergi ke Balai Polis Kepong, tanya la mereka dah berapa banyak kali polis datang ke rumah," jelasnya.

Bagaimanapun, bekas isteri Edika itu* tidak dapat berkongsikan bukti tersebut kepada umum kerana menghargai segala kebaikan yang bekas suaminya pernah lakukan.

"Dalam mahkamah dia tetap mahu menafikan perkara itu. Saya tak nak (keluarkan bukti). Kerana saya hargai segala kebaikan dia pernah buat," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: